Peningkatan kadar obesiti 10% daripada 4.4% pada 1996 dalam masa 10 tahun dikalangan rakyat negara ini menjadi satu trend tidak sihat dan perlu dikawal. Masalah lebih berat badan meningkat kepada 29.1% pada 2006 berbanding 16.6% pada 10 tahun sebelum itu,sekali gus boleh mengundang kepada peningkatan kadar penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kolesterol berlebihan.
Menurut Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai,peningkatan kadar kolesterol dan darah tinggi dikalangan rakyat Malaysia begitu mendadak sekali. "Kalau kita lihat statistik pada 1996,bilangan penghidap darah tinggi dan berusia 30 tahun ke atas kira-kira 33% dikalangan rakyat negara ini tetapi dalam tahun 2006 ia meningkat 43% dan 20.6% pula mengalami kadar kolesterol tinggi",katanya semasa menjawab soalan di Parlimen.
Sumber: Harian Metro 17 Mac,2009
Nota : Produk Pilhan Susu IgG-Plus