Malam ini saya menghabiskan masa melayari alam cyber ini menjengah blog teman-teman SST.Mencari jika ada blog yang tetap aktif mengharung masa menggalas wadah yang sama Menuju Ke Puncak Kejayaan. Bisnes inilah yang telah membawa saya berada di tempat-tempat yang belum pernah saya sampai sebelumnya. Sekadar menyebut beberapa tempat - Felda Jengka dan Pantai Teluk Cempedak di Pahang,Ajil di Terengganu, bermalam di Bukit Tinggi,Port Dickson,Negeri Sembilan dll.Meriah dan ceria bersemangat ketika itu teruja dek kegemilangan pencapaian leader-leader hebat SST menggapai kebebasan kewangan.
Suasana meeting dan program yang dianjurkan juga meriah dengan semangat ukhuwah sesama rangkaian.Mengenggam satu motto dan matlamat yang sama.Ransangan motivasi dari leader-leader begitu bersemangat melangkaui Laut Cina Selatan dan Selat Melaka.Kenangan manis kemeriahan di Hotel Golden Horse,Kuala Lumpur meraikan konvensyen masih segar diingatan.
Namun kini terasakan sepi.Seperti masing-masing membawa arah sendiri.Fokus dan hala tuju yang dulunya selari kini seakan terbias merata-rata seperti suluhan cahaya ke atas bungkah prisma.Telah ada yang menggalas wadah baru.Telah ada yang terus berundur kerana sesuatu yang hanya empunya diri yang tahu. Biarlah begitu kerana masing-masing punya perancangan sendiri untuk kehidupan masa depan yang menjurus kepada sudut penilaian dan pandangan tersendiri walau pun apa yang pernah diucapkan dan dilafazkan suatu ketika dulu masih terapung di awangan pembuktiannya.Semoga ianya tidak memantul semula dan mencacatkan imej diri masing-masing.
Bagi saya,tempoh masa yang dilalui bersama teman-teman itu menjadi rakaman pengalaman dan pengetahuan yang tak ternilai harganya.
Kehidupan perlu diteruskan meski pun telah berlainan medan perjuangan.kejayaan tetap menanti orang-orang yang mampu merancang dan tegas melaksanakan perancangannya.Di sini,di sana,di situ pasti tetap ada KEJAYAAN.Semoga teman-teman semua akan berjaya ke PUNCAK KEJAYAAN masing-masing.Selamat berjuang dan teruskan perjuangan kalian kerana "Winner Never Quit,Quitter Never Win"
Wassalam!