The most difficult phase of life, is not when no one understands you; it is when you don't understand yourself
kenali diri untuk tahu kemana arah tuju kita, teguhkan tekad,kuatkan semangat biar membara ubahlah SIKAP segera laluan kejayaan terbentang di depan anda ayuhlah melangkah ... sebagai JUARA
Siapakah aku ini ???
Soalan mudah yang sebenarnya sukar untuk menjawabnya.Kerana selama ini kita sebenarnya jarang mahu memikirkannya.Kita merasa remeh temeh saja persoalan itu.Banyak perkara lain lagi yang nak difikirkan untuk menjamin kesejahteraan kelangsungan hidup dari memikirkan hal-hal yang sentimental begitu.
Lalu jadilah kita insan yang tak kenal diri sendiri.40 atau 50 tahun menjalani kehidupan ini mengikut sudut pandangan orang lain terhadap diri kita.Akur kepada persepsi orang lain terhadap diri kita.Tanpa sedikit pun ingin mempunyai kayu pengukur nilai diri sendiri.
Orang kata kita tak boleh buat itu,tak boleh buat ini - kita pun berfikir,betul la apa yang dia kata tu,aku memang tak boleh buat pun.
Hang tok sah dok pikiaq nak meniaga la ... hang memang tak boleh buat.
Kita pun menung sat,betui laa apa yang dia cakap tu.Aku ni mana ada bakat nak meniaga.Bukan dari keturunan orang meniaga pun.Macam mana nak bercakap dengan orang,nak cerita pasai produk.Nak ajak diorang sign-up membership.Tak boleh laa .... susah laa .... tak reti laa .... baik aku dok macam laa ni,tak payah nak pening-pening kepala sangat.
Lalu kita pun berterusanlah mengotakan kata-kata orang lain,bukannya kata-kata kita sendiri.Jadilah kita PAK TURUT yang terhormat.
Pernahkah kita bertanya .... apa yang kita nak di dalam kehidupan ini ???
Wassalam!
Zul Salleh,0148541926