Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

m.taib: Bersama Membantu PendapatanBERSAMA KITA BANTU MEMBANTU SESAMA KITA .http://bersamamenbantupendapatan.blogspot.com
Zaitun: Salam, sesiapa yang nak menajamkan minda anak-anak,diri sendiri, mengurangkan perasaan malas, cubalah geniusXtra Mind&soul, Insyallah
zaruki: Salam ukhwah, Produk halal tanggungjawab bersama. Sila layari http://www.saudagarherba.com/zaruki
Mak Selampit: Usahawan Sejati ialah usahawan yg ikut business Tok Selampit & jgn ikut business orang lain ahakkkk!!!
Pemerhati Terkini: Ikut atau tak ikut adalah perkara lain. Samada anda NAK ATAU TAK NAK saja ... Apapun: KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA
tok selampit : Usahawan Sejati ialah semangat usahawan itu berterusan dan tak semestinye depa ni kene ikut di satu-satu tempat je.. Yg penting jgn berhenti jadi usahawan n jgn putus ase je . itula usahawan sejati ....
Kawan: Sdr Zul, memang sesuai kalau lelaki gunakan produk Ayurvigo K-Link utk menghindarkan masalah prostat ini!
Jiwa Baru: Buat ke atau tak buat lagi ke , yg korang susah hati sgt kenapa? Kalau masih sayang pd SN & SST, buat jelah business ni sama2, sebok tanya sana tanya sini, dah tak ke kerja lain ke atau bisnes anda tu dah tak menjadi. Ini mesti keje ahli U...!
Rakan SST: Kenapa ramai leader SST dah tak buat bisnes Smart Naco...tiada lagi semangat USAHAWAN SEJATI sudah hilang...
Normala : Correstion: "Never give up"
Normala Shamsuddin: Yes, inilah Zulkipeli Salleh yg pernah ku kenal. Never give as I know you will finish strong ... coz U ARE THE BEST! Kenangan terindah di Training SST, di De Palma Inn Shah Alam 2006!
Fauzan: Semoga terus sukses hendaknya..
Zul Salleh: En.Azman & Cik Venna,silakan ke http://alivingmydream.com/zulkipeli/ anda boleh daftarkan nama anda disitu untuk sama-sama menyertai bisnes online ini
azman: macam mana nak join bisnes online?
vemma: salam perkenalan.....
Master of Blogger: Sertai Bengkel Master of Blogger
yazs: salam hari raya en zul
Ashriee:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Rakan Niaga SST: Salam. Wahai sahabat, sy hormati prinsip sdr. Kreatif serta terus mencari & mencari. Cuma nasihat sy sdr perlu selalu bersedia dlm apa perkara samada zahir & batin, hidup & mati; jadi saudara sentiasa positif & mantap serta tidak ragu2. Sekiranya baik saranan ini sdr terima jika tidak abaikan shj. Tkasih sabahat!
Usahawan Muslim: Teruskan gerak hati anda wahai sahabat jika ianya berlandas iman.Ada email untuk anda sekadar untuk sokongan moral.
Rakan Niaga SST: Menuntut ilmu & beribadah dlm puasa puasa sudah pasti lbh besar ganjarannya. Mungkin anda merasakan diri anda sudah cukup selesa dlm comfort zone. Bagi saya tidak, sy perlukan duit banyak utk ke menunaikan Haji, membantu mereka yg kurang mampu utk mengerjakan Umrah dan Haji & lain2 perkara jihad di jalan Allah SWT. Kalau ktia setiap hari duduk depan Laptop atau PC, adakah jiwa anda blh berkembang maju? Berdoa tanpa usaha blh berjaya? Kemajuan juga dituntut dlm Islam. Renungkanlah wahai sab
Rakan Niaga SST: Salam. Sahabatku Zul, adakah anda merasakan bahawa pengorbanan leader2 utama kita travel dari Utara ke KL juga merupakan perkara yg kurang wajar? Lupakah anda menuntut ilmu juga merupakan satu ibadah? Islam memberi kelonggaran utk lakukan ibadah Tawarikh seorang diri di hotel atau dirumah kerana sbb2 tertentu?
Zul Salleh: Thanks Wan.Blog anda juga menarik dan pasti anda memiliki keluarga yang bahgia.kehidupan kita akan kelihatan indah kalau kita memandangnya menggunakan mata kita sendiri.Tahniah.Tak ada tag board so tak dapat nak type apa-apa la kat situ.
wan zalina: semoga encik terus maju..dan selamat dunia akirat..
Zalifa: Salam. Encik Zul Salleh. Salam perkenalan dari saya. Saya sedang menjejaki kalian yang bersemangat!
Nita Osman: Salam En. Zul, insya-Allah kita semua boleh berjaya menuju puncak kejayaan dengan minda dan perasaan yg positif. Cabaran akan lebih menguatkan kita dan dugaan pula akan lebih menyedarkan kita. D.U.I.T to do it!
Marites: just visitng here:) have a good day
Effa: Bukan apa2, saya yang isteri orang ni ada pengalaman, suami orang cuba menggoda dan ambil kesempatan, mula2 nasihat mcm abg, lpas tu suruh jd no. 2. tak sangka bakal nak naik haji perangai mcm tu.
Samad: ehem ehem Cik Effa nih kesitu plak perginya.Kalau mampu apa salahnya lagi pun kan ada PRIMALEX ok ler tuu
Effa: Jangan mengikut emosi, kita harus berpijak di bumi yang nyata, rezeki di tangan tuhan. PS: Bagi yang dapat rezeki (Kaum lelaki) jangan angan2 nak pasang dua pulak. Berpijaklah di bumi yg nyata.
yazs: semuga berjaya..
Fauzan: Abg Zul..kita tak dpt lari dari emosi & perasaan yg kurang baik..tetapi kadang kala ianya baik supaya kita dpt mengenali potensi diri kita yg sbnrnya..jatuh bangun adalah perkara biasa tetapi yakinlah rezeki Allah itu maha luas, kita hanya perlu mencarinya shj, insyaAllah kita akan jumpa nanti..teruskan usaha
Rakan Niaga SST: Sdr Zul, jangan banyak mengeluh kerana ia lebih mendatangkan aura negatif ke dlm diri and. Cuba sdr memilih utk bertenang, insyaAllah akan ada jln penyelesaian!
Rakanniaga: Berbanyak sabar, apa yang terjadi mungkin ada kebaikannya.
Normala: Zul, bangkit dan terus berjuang bersama SST & SN. We Can Do It ....
herlan: salam kenal dari Makassar
Zul Salleh: dimana-mana pun kita doakan semua rakan niaga kita dan bekas rakan niaga kita akan berjaya mencapai matlamat masing-masing.Amin!
Zul Salleh: Bila kita menggali telaga teruslah menggali ditempat yang sama sehingga bertemu mata air kerana itulah matlamat kita,jika separuh jalan sahaja menggali kita dah berhenti kemudian kita menggali di tempat lain pula ..... mata air itu akan sukar untuk kita temui kerana sikap kita yang mudah putus asa dan berpindah ke tempat lain pula,
bos:: bagus ke zainal ex stokis sg buloh tu. buat benda lain dah jadi jutawan ke.
kuli: team jutawan tu en zainal ex stokis sg buloh juga surrender kat SN
Latiffah: Boleh saya dapat details bagi Success team En. Zul ni?
Pika: Hi there!!!
Normala: Go Zul GO .. GO .. GO .. Ayuh bangun & teruskan perjuangan bersama SST & SN. Kita pecahkan atau putuskan segala lingkaran negatif di sekeliling kita. You Can Do It ... We Do It Together!!!
sahabat: dapatkan Bioyoung rasai kemudaan 20 tahun dari usia anda sekarang.. kata2 pakar/kajian HGH
Team jutawan: Tahniah atas kejayaan anda
Normala: Sahabatku Zul ini seorang yang berjiwa sungguh sensitif ye tapi cekal. Keep it up my friend. YOU CAN DO IT!!!
Normala: Tu dia Zul. Jom kita lakukan sama-sama. Kita ada team yg hebat iaitu SST & kita juga bernaung di bawah sykt yg kukuh iaitu Smart Naco dan you ada kami semua. Go Zul, Go .. Go .. Go ...
Fauzan: Abg Zul..kembalikan semula semangat & kekuatan yg telah hilang itu, insyaAllah kita akan berjaya, tak salah berasa DOWN tapi mesti UP kan semula supaya kita mampu utk bangkit semula..
KR: blog hopping...happy monday
Jiwakaya: Nice blog..byk idea menarik ttg bisnes... gunakan kekayaan dengan sebaiknya :)
Normala: Zul, bila Kak Mala dengar semula lagu dari Kumpulan Brothers ini iaitu TEMAN SEJATI (lagu pertama yg dinyanyikan oleh ahli2 SST ), kenangan masa mula2 melangkah bersama SST pd tahun 2006 mengimbau kembali. Segala kisah pahit & manis sentiasa terpahat di hati. WE ARE THE BEST!!!

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, May 4th 2009

2:12 AM

KAWAL KOLESTROL UNTUK JANTUNG SIHAT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my

KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri. Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok.

Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat seperti susu yang mengandungi sterol tumbuhan. Namun, kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan susu sebagai diet tambahan masih rendah berbanding negara-negara lain. Hakikatnya, susu mempunyai kalsium tinggi untuk membantu tulang yang kuat.

Menurut Penjenamaan Kanan, Unit Perniagaan Susu Nestle Products Sdn. Bhd, Lam Pui Yuee, negara-negara Barat kerana masyarakat di sana menjadikan amalan meminum susu sebagai makanan utama dalam kehidupan harian mereka. "Meminum susu merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi. Amalan ini memperlahankan kehilangan kalsium dalam tulang sekali gus mengelak daripada masalah osteoporosis," katanya yang ditemui di pejabat Nestle yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Perlu diingatkan bahawa semakin meningkat usia kita, tulang akan kehilangan lebih banyak kalsium dan ketika itu akan berlaku pelbagai penyakit kerana ketahanan badan turut berkurangan. Tambah Pui Yuee, dua gelas sehari membekalkan 100 peratus saranan pengambilan kalsium setiap hari untuk orang dewasa yang berumur 19 hingga 50 tahun. "Misalnya susu Nesvita Omega Plus Acticol dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian.

Bahan-bahan ini menghalang penyerapan kolestrol dari usus kecil ke dalam aliran darah. Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari," ujarnya.

Sementara itu, lebih 500 orang membanjiri kawasan Dataran Pahlawan pada 25 April lalu bagi memeriahkan kempen Walk A Mile anjuran bersama Yayasan Jantung Negara (YJN), Nestle Omega Plus dan akhbar Mingguan Malaysia. Kempen itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Kesihatan Daerah Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Program berjalan kaki itu bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pukul 11 pagi. Ia menarik perhatian warga bandar raya itu termasuk pelajar sekolah serta warga emas yang prihatin dengan kesihatan jantung. Program yang masuk tahun ke-9 itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din yang bersama-sama Pengarah YJN, Datuk Gurbakhash Singh; Pengurus Acara Nestle Products Sdn. Bhd., Yang Kalsom Omar dan Ooi Lee Beng. Bagi memeriahkan lagi program berkenaan, pelbagai acara sampingan diadakan seperti pertandingan mewarna kategori kanak-kanak serta pameran dan pemeriksaan kesihatan selain cabutan bertuah.

Peserta juga dihiburkan dengan persembahan artis, Fazli Zainal. Kedah merupakan negeri pertama Walk A Mile diadakan pada tahun ini dan ia diikuti Melaka (24 Mei), Kuantan (21 Jun), Pulau Pinang (26 Julai) dan lokasi terakhir Kuala Lumpur (18 Oktober).

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia 03/05/2009

Nota Blogger : Produk dicadangkan : Susu IgG-Plus

0 Feedback.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see