Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

m.taib: Bersama Membantu PendapatanBERSAMA KITA BANTU MEMBANTU SESAMA KITA .http://bersamamenbantupendapatan.blogspot.com
Zaitun: Salam, sesiapa yang nak menajamkan minda anak-anak,diri sendiri, mengurangkan perasaan malas, cubalah geniusXtra Mind&soul, Insyallah
zaruki: Salam ukhwah, Produk halal tanggungjawab bersama. Sila layari http://www.saudagarherba.com/zaruki
Mak Selampit: Usahawan Sejati ialah usahawan yg ikut business Tok Selampit & jgn ikut business orang lain ahakkkk!!!
Pemerhati Terkini: Ikut atau tak ikut adalah perkara lain. Samada anda NAK ATAU TAK NAK saja ... Apapun: KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA
tok selampit : Usahawan Sejati ialah semangat usahawan itu berterusan dan tak semestinye depa ni kene ikut di satu-satu tempat je.. Yg penting jgn berhenti jadi usahawan n jgn putus ase je . itula usahawan sejati ....
Kawan: Sdr Zul, memang sesuai kalau lelaki gunakan produk Ayurvigo K-Link utk menghindarkan masalah prostat ini!
Jiwa Baru: Buat ke atau tak buat lagi ke , yg korang susah hati sgt kenapa? Kalau masih sayang pd SN & SST, buat jelah business ni sama2, sebok tanya sana tanya sini, dah tak ke kerja lain ke atau bisnes anda tu dah tak menjadi. Ini mesti keje ahli U...!
Rakan SST: Kenapa ramai leader SST dah tak buat bisnes Smart Naco...tiada lagi semangat USAHAWAN SEJATI sudah hilang...
Normala : Correstion: "Never give up"
Normala Shamsuddin: Yes, inilah Zulkipeli Salleh yg pernah ku kenal. Never give as I know you will finish strong ... coz U ARE THE BEST! Kenangan terindah di Training SST, di De Palma Inn Shah Alam 2006!
Fauzan: Semoga terus sukses hendaknya..
Zul Salleh: En.Azman & Cik Venna,silakan ke http://alivingmydream.com/zulkipeli/ anda boleh daftarkan nama anda disitu untuk sama-sama menyertai bisnes online ini
azman: macam mana nak join bisnes online?
vemma: salam perkenalan.....
Master of Blogger: Sertai Bengkel Master of Blogger
yazs: salam hari raya en zul
Ashriee:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Rakan Niaga SST: Salam. Wahai sahabat, sy hormati prinsip sdr. Kreatif serta terus mencari & mencari. Cuma nasihat sy sdr perlu selalu bersedia dlm apa perkara samada zahir & batin, hidup & mati; jadi saudara sentiasa positif & mantap serta tidak ragu2. Sekiranya baik saranan ini sdr terima jika tidak abaikan shj. Tkasih sabahat!
Usahawan Muslim: Teruskan gerak hati anda wahai sahabat jika ianya berlandas iman.Ada email untuk anda sekadar untuk sokongan moral.
Rakan Niaga SST: Menuntut ilmu & beribadah dlm puasa puasa sudah pasti lbh besar ganjarannya. Mungkin anda merasakan diri anda sudah cukup selesa dlm comfort zone. Bagi saya tidak, sy perlukan duit banyak utk ke menunaikan Haji, membantu mereka yg kurang mampu utk mengerjakan Umrah dan Haji & lain2 perkara jihad di jalan Allah SWT. Kalau ktia setiap hari duduk depan Laptop atau PC, adakah jiwa anda blh berkembang maju? Berdoa tanpa usaha blh berjaya? Kemajuan juga dituntut dlm Islam. Renungkanlah wahai sab
Rakan Niaga SST: Salam. Sahabatku Zul, adakah anda merasakan bahawa pengorbanan leader2 utama kita travel dari Utara ke KL juga merupakan perkara yg kurang wajar? Lupakah anda menuntut ilmu juga merupakan satu ibadah? Islam memberi kelonggaran utk lakukan ibadah Tawarikh seorang diri di hotel atau dirumah kerana sbb2 tertentu?
Zul Salleh: Thanks Wan.Blog anda juga menarik dan pasti anda memiliki keluarga yang bahgia.kehidupan kita akan kelihatan indah kalau kita memandangnya menggunakan mata kita sendiri.Tahniah.Tak ada tag board so tak dapat nak type apa-apa la kat situ.
wan zalina: semoga encik terus maju..dan selamat dunia akirat..
Zalifa: Salam. Encik Zul Salleh. Salam perkenalan dari saya. Saya sedang menjejaki kalian yang bersemangat!
Nita Osman: Salam En. Zul, insya-Allah kita semua boleh berjaya menuju puncak kejayaan dengan minda dan perasaan yg positif. Cabaran akan lebih menguatkan kita dan dugaan pula akan lebih menyedarkan kita. D.U.I.T to do it!
Marites: just visitng here:) have a good day
Effa: Bukan apa2, saya yang isteri orang ni ada pengalaman, suami orang cuba menggoda dan ambil kesempatan, mula2 nasihat mcm abg, lpas tu suruh jd no. 2. tak sangka bakal nak naik haji perangai mcm tu.
Samad: ehem ehem Cik Effa nih kesitu plak perginya.Kalau mampu apa salahnya lagi pun kan ada PRIMALEX ok ler tuu
Effa: Jangan mengikut emosi, kita harus berpijak di bumi yang nyata, rezeki di tangan tuhan. PS: Bagi yang dapat rezeki (Kaum lelaki) jangan angan2 nak pasang dua pulak. Berpijaklah di bumi yg nyata.
yazs: semuga berjaya..
Fauzan: Abg Zul..kita tak dpt lari dari emosi & perasaan yg kurang baik..tetapi kadang kala ianya baik supaya kita dpt mengenali potensi diri kita yg sbnrnya..jatuh bangun adalah perkara biasa tetapi yakinlah rezeki Allah itu maha luas, kita hanya perlu mencarinya shj, insyaAllah kita akan jumpa nanti..teruskan usaha
Rakan Niaga SST: Sdr Zul, jangan banyak mengeluh kerana ia lebih mendatangkan aura negatif ke dlm diri and. Cuba sdr memilih utk bertenang, insyaAllah akan ada jln penyelesaian!
Rakanniaga: Berbanyak sabar, apa yang terjadi mungkin ada kebaikannya.
Normala: Zul, bangkit dan terus berjuang bersama SST & SN. We Can Do It ....
herlan: salam kenal dari Makassar
Zul Salleh: dimana-mana pun kita doakan semua rakan niaga kita dan bekas rakan niaga kita akan berjaya mencapai matlamat masing-masing.Amin!
Zul Salleh: Bila kita menggali telaga teruslah menggali ditempat yang sama sehingga bertemu mata air kerana itulah matlamat kita,jika separuh jalan sahaja menggali kita dah berhenti kemudian kita menggali di tempat lain pula ..... mata air itu akan sukar untuk kita temui kerana sikap kita yang mudah putus asa dan berpindah ke tempat lain pula,
bos:: bagus ke zainal ex stokis sg buloh tu. buat benda lain dah jadi jutawan ke.
kuli: team jutawan tu en zainal ex stokis sg buloh juga surrender kat SN
Latiffah: Boleh saya dapat details bagi Success team En. Zul ni?
Pika: Hi there!!!
Normala: Go Zul GO .. GO .. GO .. Ayuh bangun & teruskan perjuangan bersama SST & SN. Kita pecahkan atau putuskan segala lingkaran negatif di sekeliling kita. You Can Do It ... We Do It Together!!!
sahabat: dapatkan Bioyoung rasai kemudaan 20 tahun dari usia anda sekarang.. kata2 pakar/kajian HGH
Team jutawan: Tahniah atas kejayaan anda
Normala: Sahabatku Zul ini seorang yang berjiwa sungguh sensitif ye tapi cekal. Keep it up my friend. YOU CAN DO IT!!!
Normala: Tu dia Zul. Jom kita lakukan sama-sama. Kita ada team yg hebat iaitu SST & kita juga bernaung di bawah sykt yg kukuh iaitu Smart Naco dan you ada kami semua. Go Zul, Go .. Go .. Go ...
Fauzan: Abg Zul..kembalikan semula semangat & kekuatan yg telah hilang itu, insyaAllah kita akan berjaya, tak salah berasa DOWN tapi mesti UP kan semula supaya kita mampu utk bangkit semula..
KR: blog hopping...happy monday
Jiwakaya: Nice blog..byk idea menarik ttg bisnes... gunakan kekayaan dengan sebaiknya :)
Normala: Zul, bila Kak Mala dengar semula lagu dari Kumpulan Brothers ini iaitu TEMAN SEJATI (lagu pertama yg dinyanyikan oleh ahli2 SST ), kenangan masa mula2 melangkah bersama SST pd tahun 2006 mengimbau kembali. Segala kisah pahit & manis sentiasa terpahat di hati. WE ARE THE BEST!!!

Please type in the four characters shown in the black box.

Thursday, September 24th 2009

1:01 PM

Kencing Tidak Lawas

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

TEMAN sekerja mengadu bimbangkan kesihatan ayahnya berumur 60 tahun apabila dia disahkan mengalami masalah pembesaran kelenjar prostat atau istilah perubatannya prostat hiperplasia benigna (BPH).

Dia bimbang jika penyakit ayahnya bertukar kepada kanser prostat yang perlu dibedah, sedangkan ayahnya fobia dengan jarum dan ubat.

Kebimbangannya tercetus selepas mendengar perkataan ‘benigna’ yang sering dikaitkan dengan kanser. Bagaimanapun hakikatnya BPH dan kanser prostat adalah dua perkara berbeza. BPH tiada kaitan dengan kanser prostat dan tidak akan bertukar menjadi kanser.

Dianggarkan 80 peratus masalah membabitkan prostat disebabkan BPH. BPH adalah pembesaran bukan kanser kelenjar prostat yang menyempitkan saluran kencing dialami lebih 50 peratus lelaki berusia 60 tahun dan jumlah ini meningkat kepada 90 peratus di kalangan lelaki veteran melebihi 85 tahun.

 Namun menurut Pakar Bedah Urologi, Dr Chua Chong Beng, kajian mendapati 25 peratus kes BPH berlaku pada lelaki muda iaitu dalam lingkungan 40 tahun atau lebih awal, khususnya bagi lelaki yang ada sejarah masalah kelenjar prostat di kalangan keluarga rapat (ayah, adik beradik atau datuk).

Kajian di Malaysia mendapati masalah BPH banyak dialami lelaki dalam lingkungan 50 dan 60 tahun dengan semua kaum menunjukkan insiden lebih kurang sama.

Pakar perubatan menganggarkan menjelang 2020 jumlah pesakit mengalami BPH akan meningkat kepada 45 juta orang di seluruh dunia.

Walaupun BPH tidak merebak, ia memberi pengaruh besar dalam hidup lelaki. Ini kerana apabila kelenjar prostat yang mengelilingi saluran kencing membengkak, ia akan menekan dan menyebabkan saluran kencing menjadi sempit.

Akibatnya lelaki mengalami masalah aliran kencing yang perlahan, tersekat-sekat, meleleh atau menitis, sakit, pedih dan berasa tidak puas setiap kali buang air kecil walaupun kerap berulang ke tandas.

Kelenjar prostat adalah sebahagian daripada sistem reproduktif lelaki yang saiznya sebesar kacang walnut atau buah langsat dengan berat sekitar 20 gram saja.

Kelenjar ini terletak di depan rektum (bahagian hujung usus besar yang bersambung dengan dubur) dan betul-betul di bawah pundi kencing. Kelenjar prostat ini juga terbentuk mengelilingi salur kencing atau uretra.

Kelenjar prostat berfungsi sebagai pengepam yang menolak cecair ke dalam salur kencing apabila sperma dikeluarkan ketika mengadakan hubungan kelamin. Cecair ini yang menjadi sebahagian daripada air mani memberi tenaga kepada sperma dan mengurangkan keasidan ruang faraj supaya persenyawaan sperma dan telur boleh berlaku.

Saiz kelenjar prostat bertambah melalui dua peringkat. Pertambahan saiz kali pertama berlaku ketika kanak-kanak lelaki akil baligh dan kali kedua apabila berumur 25 tahun. Pertambahan saiz kali kedua inilah yang dipercayai boleh menyebabkan masalah BPH ketika tua.

Kelenjar prostat boleh membengkak melebihi 10 kali ganda saiz asalnya iaitu sehingga kira-kira 280 gram atau sebesar sebiji epal. Pun begitu tiada lelaki sedar kelenjar prostatnya membesar kecuali menimbulkan pelbagai masalah dan ketidakselesaan apabila buang air kecil.

Apabila usia meningkat, saiz kelenjar prostat terus bertambah. Lapisan sel luar kelenjar menghalangnya daripada mengembang, menyebabkan ia menekan dan mencengkam salur kencing kerana kelenjar prostat mengelilingi salur kencing.

Ini mengakibatkan pundi kencing menjadi tebal dan terganggu; akhirnya mengalami pengecutan untuk mengeluarkan cecair, walaupun hanya mengandungi sedikit air kencing di dalamnya.

Ini sebabnya lelaki yang mengalami masalah BPH kerap buang air kecil. Lama kelamaan pundi kencing menjadi lemah dan hilang keupayaan mengeluarkan air kencing sepenuhnya. Masih ada air kencing tertinggal dalam pundi walaupun lelaki berkenaan buang air kecil berulang kali.

Walaupun semua lelaki mengalami pertambahan saiz kelenjar prostat, bukan semua mengalami masalah BPH. Ia bergantung kepada arah pembesaran kelenjar prostat itu. Masalah hanya timbul jika pembesaran berlaku secara melintang dan menekan salur kencing.

Jika pembesaran berlaku secara menegak, lelaki berkenaan tidak mengalami masalah kerana pundi kencingnya tidak terganggu atau tertekan dan boleh berfungsi dengan baik. Malah saiz bengkak juga bukan penentu tahap masalah kerana jika ia besar pun tetapi jika tidak mengganggu salur kencing, lelaki berkenaan tidak perlu menjalani rawatan.

Kekerapan berulang ke tandas untuk buang air kecil melebihi lapan kali pada waktu siang dan dua kali pada waktu malam tetapi masih tidak berasa puas adalah antara tanda penting BPH. Ia boleh berlaku pada semua bangsa tetapi tidak ramai lelaki bersedia membincangkan masalah mereka hinggalah keadaan menjadi serius.

“Oleh kerana BPH adalah penyakit lazim di kalangan lelaki berumur, sangat penting untuk setiap lelaki mengambil tahu mengenai penyakit ini dan kesannya terhadap kualiti hidup seseorang. Ini kerana BPH juga sering dikaitkan dengan masalah mati pucuk dan kegagalan fungsi ejakulasi yang boleh menjejaskan hubungan kelamin dan menyebabkan kemurungan serta hilang keyakinan.

“Justeru sebaik memasuki umur 50 tahun, lelaki disaran menjalani pemeriksaan kesihatan kelenjar prostat atau setidak-tidaknya mula mengambil tahu mengenai gejala penyakit sebagai persediaan kerana risiko mengalaminya meningkat dengan pertambahan umur,” katanya.

Dalam satu kajian lain BPH menimbulkan gangguan dan kebimbangan pada pasangan. Antara isu dibangkitkan pasangan ialah tidur mereka terganggu (akibat suami kerap bangun kencing), bimbang mengadakan hubungan seks dan risaukan kesihatan suami. Kebimbangan pesakit biasanya berkisar kepada pembedahan dan hubungan seks.

Gejala

BPH mempunyai banyak gejala dan antara yang penting ialah:

·  Pancutan air kencing yang lemah (terputus, tersekat atau meleleh)

·  Kencing tidak lawas dan pundi kencing tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali kencing (terasa tidak puas selepas kencing)

·  Sukar memulakan kencing

·  Kerap bangun malam untuk kencing

·  Tidak dapat menahan kencing

·  Kerap kencing pada waktu siang (melebihi lapan kali)

·  Sakit apabila kencing (bagi kanser peringkat serius, kesakitan biasanya terasa pada tulang)

Tanda BPH serius:

BPH serius

·  Tidak boleh buang air kecil

·  Jangkitan air kencing (kerana air kencing tersimpan dalam badan)

·  Kencing berdarah (hematuria)

·  Kerosakan buah pinggang

Bagaimanapun gejala yang disenaraikan di atas bukan eksklusif untuk BPH kerana gejala sama turut ditunjukkan penyakit pada saluran kencing bahagian bawah seperti kanser pundi kencing, batu karang (dalam pundi kencing), jangkitan pundi kencing (UTI), kanser prostat, jangkitan pada kelenjar prostat atau salur kencing tersekat. Gejala BPH juga berbeza antara pesakit dan yang membimbangkan kebanyakan orang ialah jika masalah ini disebabkan kanser prostat.

Pemeriksaan dan rawatan

Beberapa kaedah boleh dijalankan untuk pemeriksaan BPH iaitu:

·  Ujian digital rektal iaitu pemeriksaan kelenjar prostat. Dalam kaedah ini, doktor masukkan jari melalui rektum untuk mendapat maklumat kasar mengenai saiz dan keadaan kelenjar prostat. Bagaimanapun kaedah ini tidak disukai kerana dianggap ‘sangat kurang selesa’. Malah pemeriksaan ini menyebabkan ramai lelaki menunggu hingga masalah tidak dapat dibendung baru datang mendapatkan bantuan

·  Ujian aliran kencing untuk mengetahui kelajuan pancutan air kencing. Ini diikuti imbasan pundi kencing bagi melihat air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing selepas buang air kecil. Doktor juga menjalankan ujian untuk memastikan pesakit tidak mengalami jangkitan air kencing akut

·  Ujian darah untuk mengukur tahap antigen PSA. Ini adalah ujian mengesan kanser prostat. Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian seterusnya iaitu biopsi kelenjar prostat dengan mengambil sedikit sel kelenjar untuk diperiksa. Ia prosedur mudah dan pesakit dilayan sebagai pesakit luar

Lelaki yang mengalami BPH hanya dirawat jika ia menyebabkan masalah pembuangan air kencing. Jika BPH tidak menyebabkan masalah, ia tidak perlu dirawat. Namun jika disahkan menghidap kanser, pesakit perlu dirawat dengan segera bagi mengelak ia merebak.

Dr Chua berkata, BPH adalah sejenis penyakit progresif dan menjadi lebih serius jika tidak diberi rawatan sewajarnya seawal mungkin. Malah tanpa rawatan sesuai, BPH boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti pembentukan batu karang dalam pundi kencing, risiko sekatan air kencing teruk (AUR), jangkitan salur kencing dan penyakit buah pinggang.

Kajian mendapati sekurang-kurangnya satu daripada 10 lelaki dalam lingkungan umur 70-an mengalami AUR dan risiko meningkat kepada satu daripada tiga lelaki apabila mencecah umur 80 tahun.

“BPH boleh dirawat melalui dua cara iaitu pengambilan ubat dan pembedahan. Kebanyakan pesakit (60 peratus) memilih untuk makan ubat walaupun ia perlu diambil sepanjang hayat. Antara ubat yang ada kini ialah alpha-blocker seperti tamsulosin hidroklorida dan alpha reductase inhibitor (perencat alfa reduktase). Fungsi alpha-blocker ialah menghalang dan merehatkan otot pada kelenjar prostat supaya salur kencing boleh kembali ke saiz asal dan meningkatkan aliran air kencing. Ubat ini tidak mengecutkan BPH, cuma merehatkan otot kelenjar prostat dan ia kurang berkesan pada pesakit yang alami masalah saiz prostat terlalu besar.

“Manakala alpha reductase inhibitor bertindak dengan menghalang hormon testosteron yang menyebabkan pertambahan saiz prostat dan ia berkesan sehingga 25 peratus. Ubat ini bertindak perlahan dan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan untuk kelenjar prostat mengecut dan memperbaiki aliran kencing. Namun biasanya doktor memberikan pesakit kedua-dua jenis ubat bagi mendapatkan kesan lebih baik,” katanya pada pelancaran Harnal OCAS, ubat alpha-blocker baru yang mengandungi tamsulosin hidroklorida.

Kelebihan ubat baru ini ialah ia hanya perlu diambil sekali sehari dengan sedikit kesan sampingan. Malah ia tidak berinteraksi dengan ubat lain dan ini bermakna ia selamat diambil oleh pesakit darah tinggi atau ada masalah jantung.

·  Terapi pancaran laser (laser prostatektomi). Dalam kaedah ini, alat pancaran laser akan dimasukkan melalui salur kencing. Ia menggunakan mesin khas yang memancar sinar-X bertenaga tinggi untuk membakar kelenjar prostat sehingga mencapai saiz yang dikehendaki.

·  Pembedahan pembahagian Transuretral prostat (TURP) — Kaedah ini tidak memerlukan sebarang insisi (luka bedah) kerana alat pembedahan dimasukkan melalui salur kencing untuk memotong kelenjar prostat. Jadi isu bimbang luka pembedahan besar tidak timbul, malah pesakit diberi bius menyeluruh yang membuatkan mereka ‘tidur’ sepanjang prosedur dilakukan.

Soalnya, siapa layak diberi ubat dan siapa pula perlu dibedah? Lelaki yang alami gejala teruk, kencing berdarah atau kencing tiba-tiba terhenti (tidak boleh buang air kecil) dengan fungsi buah pinggang yang baik biasanya disaran menjalani pembedahan. Manakala lelaki yang gejalanya tidak terlalu teruk biasanya memilih untuk mengambil ubat sepanjang hayat.

 

Nota : silakan mencuba produk PROMALE

0 Feedback.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see